SELANGOR FC
BERITA

Reviu Perlawanan ACLTwo MD4 Kumpulan H | Jeonbuk Hyundai Motors FC 1-0 Selangor FC | Tetap Optimis Setelah Tewas Di Korea

Nov 08, 2024 - FAS

Perlawanan di Stadium Piala Dunia Jeonju, Korea, di antara Selangor FC dan Jeonbuk Hyundai Motors FC semalam dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACLTWO) 2024/25, berakhir dengan keputusan 0-1.

Perlawanan semalam bermula dengan pasukan tuan rumah meletakan jurang  apabila pemain import mereka, Tiago Orobo berjaya menanduk masuk bola pada minit ke-22. Selangor FC berusaha untuk menyamakan kedudukan dengan sembilan percubaan namun tidak berjaya sehingga wisel tamat perlawanan ditiup. 

Menurut Ketua Jurulatih interm Selangor FC, Abdifitaah Hassan, pasukan perlu lebih disiplin.

"Beraksi di tahap ini, kita perlu fokus 100 peratus. Mereka dapat jaringkan gol dalam situasi ‘set piece’. Kita perlu lebih berdisiplin. Di separuh masa kedua, kami cuba mengambil lebih banyak risiko, disebabkan itu, kita dapat hasilkan lebih banyak peluang dan cuba merapatkan jurang tetapi ia tidak berlaku," katanya.

Jeonbuk Hyundai Motors FC kembali mendahului Kumpulan H dengan sembilan mata, diikuti Skuad Gergasi Merah di tempat kedua dengan tujuh mata, kemudian Muangthong United F.C. dengan lima mata dan Cebu F.C. di tempat keempat dengan satu mata. 

Selangor FC juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong yang telah hadir ke Stadium Piala Dunia Jeonju, Korea,  semalam. Sokongan anda amat kami hargai.

Untuk pengetahuan, liga Malaysia akan berehat seketika bagi memberi laluan kepada kalendar FIFA. Selepas itu, Piala Malaysia 2024/25 akan berlangsung pada 20 November 2024 hingga 26 April 2025. Undian akan dilakukan pada 11 November ini. 

Sebarang makluman lanjut, boleh dapatkan di laman rasmi dan sosial Selangor FC. 

Demi Kebanggaan!